4 CARA GUNA WASAP
UNTUK KEMBANGKAN NETWORK


Di sini saya akan terangkan bagaimana untuk kita kembangkan network dengan menggunakan wasap saja.

Dengan wasap kita akan gunakan 4 cara ni;

CARA 1

Send copywriting direct kepada orang2 yang nombornya sudah ada dalam contact fon anda.

CARA 2

Send copywriting ke group2 wasap iklan.

CARA 3

Pamer bahan iklan di status wasap anda.

CARA 4

Send copywriting ke prospek2 yang anda tidak kenal yang nombornya anda ambil dari group wasap iklan.

CARA 1
(Send Direct Ke Contact)

Anda pilih beberapa orang yang anda rasa selesa untuk send copywriting kepada mereka. Tak ramai pun tak pe. Ada 10 orang pun sudah memadai. Jika lagi ramai lagi bagus.

Caranya, pada hari pertama anda send COPYWRITING 1, jika dia senyap je.. hari kedua anda send COPYWRITING 2 pula. Jika dia masih senyap, pada hari ketiga anda send COPYWRITING 3. Begitulah seterusnya sehingga COPYWRITING 6. Selang antara copywriting tu boleh je anda cipta copywriting anda sendiri berdasarkan situasi semasa.

CARA 2
(Send Ke Group Wasap Iklan)

Untuk laksanakan cara ini anda perlu ada group wasap iklan. Sekiranya anda tiada group wasap iklan minta saja dari saya, nanti saya akan bagi anda group2 wasap iklan. Saya ada beribu group2 wasap iklan. Atau, anda boleh
=> Tekan Je Sini <=


Kat group wasap iklan tu anda post je copywriting tu setiap masa mengikut kelapangan waktu anda. Saya cadangkan anda tetapkan jadual dan disiplin setiap hari, contohnya 5 kali sehari selepas solat 5 waktu. Hari ni anda post COPYWRITING 1. Lima kali sehari anda post COPYWRITING 1 tu.

Esok post COPYWRITING 2 pula. Begitulah seterusnya secara konsisten tanpa jemu.

CARA 3
(Pamer di Status Wasap)

Untuk cara ni anda boleh pilih atau cipta sendiri bahan2 iklan yang nak dipamerkan di status wasap anda.

Jika anda tak tahu nak pamer apa, anda tengok je status wasap saya. Lepas tu anda minta je dengan saya bahan yang saya pamerkan kat status wasap saya tu.

Kalau anda nak bahan2 yg tak berkaitan dengan BizGalaxia pun boleh.. saya boleh bagi.

CARA 4
(Send Kepada Prospek Yang Tidak Dikenali)

Mula2 anda perhatikan dulu seller2 yang post iklan kat group wasap iklan. Dari situ anda pilihlah 5 atau 10 orang yang anda rasa orang tu sesuai untuk anda send wasap kat dia. Lepas tu anda save nombor dia sebagai P01, nombor prospek kedua sebagai P02, dan seterusnya.

Mula2 anda perlu send mesej perkenalan terlebih dahulu. Anda boleh send ayat ni sebagai ayat perkenalan;
👇
====
Maaf jika mengganggu 🙏
Salam perkenalan 🤝
Harap mesej saya ni tak ganggu sis/bro.
Saya cheharon dari Selangor, saya buat online biz. Saya dapat nombor sis/bro dari group wasap iklan. Saya just nak tambah contact niaga dan view whatsapp.
Jika tak keberatan, save lah nombor saya ye, boleh kita berkongsi view sesama. Saya pun nak save juga nombor sis/bro. Boleh saya tahu sape nama sis/bro? 🤝😇
====

Selepas ayat perkenalan tu anda jangan terus send copywriting tu kepada mereka. Anda catat nama dan no.fon mereka di buku nota anda. Dua tiga hari selepas tu baru anda send COPYWRITING 1. Seterusnya, buat macam CARA 1.

Sentiasa tambah list prospek anda kat buku nota anda tu. Sentiasa rujuk buku nota anda untuk menyenangkan anda buat follow-up.

Itu saja penerangan saya berkenaan "4 CARA GUNA WASAP UNTUK KEMBANGKAN NETWORK"

Sekiranya anda dah habis baca dan dapat faham, tekan ni
👇


Sekiranya anda dah habis baca dan masih tak faham, tekan ni
👇


NOTA TAMBAHAN

Bagi anda yang berminat nak belajar marketing melalui TikTok
=> Tekan Sini <=